CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

U 4 Me 4ever!
Spice up your Twitter with some Twitter Backgrounds

Thursday, 27 December 2012

Sakit

Assalamualaikum.......
Lama betul aku tak update blog ni kan.nk cite sikit kenapa aku lama tak update.
Baru2 ni aku kene ''KAYAP ULAR''
bunyi mcm menakutkan yer.tapi mmg sangat menakutkan.kalau ingat balik boleh jadi trauma tau.kesakitan dia tu allah je yang tau...meh aku cite puncanye

Malam sebelum kejadian....... (ceritakan balik)

Malam ni aku ikut abang ipar aku ke Pulai Indah.umah abah dia repair kereta.Dalam perjalanan tu dia ckp ''eh sebelah blok kite,pokok tu dh kene tebang''
aku jawab "alamak..kesian la cik ponti tu...umah dia kene robohkan"
kawasan yang kitorg borak kan ni memang agak keras sebenarnye.....cuba tak nampak dengan jelas je lah.
Dalam pukul11.30 aku sampai umah.masa lalu bawah blok ni,sempat la aku tinjau keadaan pokok2 yang kene tebang,sempat jugak la aku snap kawasan tu (aku ada penyakit suke snap gambar semasa)
agak seram sebenarnye...huhuhu

Keesokan pagi nye.....
Bangun tido aku rasa keliling badan aku macam perit..aku tengok mcm kesan melecet.aku ingat alergi ape ke..bra ketat sangat ke..aku abaikan je.
tengah hari lak ada someone ni hantar 3 set KFC kat tempat keje aku...giler la kan sape tolak.bedal tak ingat ape.

Hari ke2
Semakin perit aku rasa keliling badan aku......
bangun tido terus tengok cermin sebab aku rasa belakang pun dh sakit..
Nauzubillah.......aku tengok mcm bersisik2 kesan sakit ngan perit tu.dh 50% melilit kat badan aku.
Hilang akal kejap aku.Terus aku snap,send kat kawan yang boleh di percayai.Terus dia call aku bagi tau ni bukan sakit biasa.kalau tak dirawat boleh membawa maut..dengar je dia cakap mcm tu,mau ko tak meroyan.Aku ingat tu kayap biasa.Petang tu aku gi kedai ubat cina.nk beli minyak senapang tiga.minyak ni elok untuk kene kurap.
Aku cite sikit la kat uncle ni sakit aku mcm mana....dia ckp ''eh..ni bukan kurap tau..ni kayap..bukan sembarangan ubat boleh kasi baik..ni kene ubat kampung punya".terus dia bagi aku pil untuk elak kan merebak.mahal nk giless...5 biji rm40.sehari kene makan 3 biji.Sakit punya pasal beli je lahhhh...

Hari ke3
Makin kritikal......kesan luka dia tu buat aku nk giler.mau tak nye,perit.....panas.Jangan tanya panas dia mcm mana.kalau sentuh pun korang tak tahan.mcm bara tau tak!!.
Aku sapu ubat yang azlan pernah kasi.elok untuk gatal2...alergi...masa mandi aku guna dettol..
rupanye makin teruk..aku memang dh mati akal.Sampai la tunang adik aku call "sakit ko ni bukan sakit biasa...ni sakit rawatan tradisional je"
Aku pun call la kawan2 yang tau area mana ubat kampung ni.....
sementara tu aku pun google la..
Peh!!! dasattt gile rupanye sakit ni..pantang larang dia jangan ckp la..pening nk baca
nanti aku list kan pantang larang nye

Hari ke4
Kepanasan dia membuat aku tak boleh pakai ape2.......sampai la kene bising ngan mak aku,baru deal ngan membe gi berubat kampung.
Tapi kan...hari ke4 ni lagi teruk dari hari ke3.luka dia tu dh keluar gelembung2 air....yg belakang tu siap menanah.tgk pun tak sanggup.Mata kiri aku makin sakit.aku ada baca,sakit ni boleh menangkap ke mata..telinga,maksud nye boleh jadi kan rabun/juling/buta/pekak.kalau tak di rawat lagi boleh buat MAUT.
malam tu aku pegi Kampung Melayu..jumpa bomoh kayap tu.tapi tak der!! dia gi mancing..cetttt.tp bagus lah tak jadi sbb dia lelaki.malu arr aku
Terus aku gi kampung Pasir,jumpa ibu Wati..made in indonesia.haha
sebelum datang tu aku call dulu.Tanya dia boleh ke tidak ubat kan..dia ckp insyaallah akan cuba.dia cuma pesan bawak ibu kunyit.kesian membe aku ni kene hantar ke kipmart belikan ibu kunyit.Tapi selepas tu aku pulak yang kesian..........membe aku ada hal.pulak dh!!
aku call kakak aku soh amik kat  kipmart...n terus gi berubat.masa berubat tu,dia bagi dauh sireh....ibu kunyit tu jampi2.mintak nama aku..bila sebut nama aku je terus dia ckp ''KAU BERJALAN MALAM YE DIK...ADA BENDA NI SINGGAH KAT BADAN''.nak caye atau tak..mmg korg kene caye.kayap ular ni penyakit dari syaitan.
sireh ngan ibu kunyit yang di baca2 tu,dia soh aku tumbuk...jadi halus2.
balik dari umah ibu wati,terus aku tumbuk.....mangsa yang tukang sapu kat luka tu kakak aku la.tp nk lagi cepat dan kurangkan panas..tambah bedak sejuk.peh!! nyaman rasanye.....
malam ni baru tido lena sikit

kalau nk tau........dh 3 hari tak makan tak minum.caye tak? sebab sakit ni 100% nafsu makan n minum tak ada.seksa wooo...

hari ke5 ke6 ke7 ke8 ke9
Alhamdulillah...lepas sapu sireh ngan ibu kunyit dh makin kurang sakit....nanah dia pun dh boleh pecahkan.pastu tampal la ngan kunyit tu...
ni penyakit bukan docter boleh ubat..gi tempat berubat kampung...ubat2 modern tak boleh amik..makin teruk jdi nye.
makan yang berminyak langsung tak boleh amik..seafood..semua tu abaikan dulu.buah2 tempatan pun tak boleh.lagi kelakar bila tak boleh dengar org menggoreng.aku ingat tahyul je tu.aku test la dok tepi dapur tu dengar kakak aku menggoreng.....
pastu AMBIK KO...mcm benda merayap kat ctu.pastu sakit..perit..siyes wehhh..ni bukan cite tipu.serik aku nak gi dapur.

ok la,dh nk dekat pkl2 pagi ni..mau tido lah..


Saturday, 24 November 2012

Demam lagi

Entah kenapa boleh demam mcm ni sekali.badan aku panas giler........bintik merah makin nampak di sekitar badan aku.
saat mcm ni buat aku lagi terkenang si dia....dulu demam dia yang jaga,tak pe lah..nk buat mcm mana.
moga demam aku ni cepat baik,agar boleh lupa segala ingatan terhadap dia.....
insyaallah...

Sunday, 18 November 2012

Retak menunggu belah

entah kenapa sejak akhir2 ni dia mcm dh tak pedulikan aku.mesej tak balas,call x nak angkat.aku tertanya2 kenapa dia mcm ni....
paling menyayat hati masa raya haji,dia janji dengan aku nak datang umah.Sanggup aku tak gi mana2 tunggu dia.Lauk2 kegemaran dia semua aku dh masak.Sampai la malam....2-3 kali aku panas kan untuk dia.mesej n call x berbalas.kerisauan mula melanda.tp yang aku pelik,information aku mengatakan dia kesana sini dengan kawan2.kalau ye pun x kan la x nak angkat fon n balas mesej kan.untuk melegakan hati,aku kuar kejap pegi perling mall.aku ingat bila dh sampai malam,dia call aku balik.tp tidak..aku duduk tepi bus stop tu sambil menangis tanpa menghiraukan org sekeliling.akhirnye,dia call aku jugak....ckp dh nk dtg umah.aku punya la gembira.
Sampai rumah je,aku panas kan lagi lauk2 tu...emmmm..x sabar tunggu kekasih hati datang kan.
tp.....sampai la pukul10 malam.dia x muncul2...aku call x nk angkat.mesej pun x nk balas.ape dh jadi ni sebenarnye....akhir nye aku menangis lagi tersedu2.......hingga ke esok nye dia x de mesej n call aku..
bila aku mengamuk,dia baru mesej aku.pujuk aku..masa tu hati aku mmg dh tawar.terpaksa aku tipu mak aku ckp dia bz keje.padahal dia kesana sini dengan kawan2 dia.mungkin raya haji 2012 ni mmg x akan aku lupa buat seumur hidup aku....

1 muharam.......
akhirnye....kantoi dia ada perempuan lain.lagi baik dari aku agaknye..tak pe la azlan,aku redha kan segala ni........biar aku yang mengalah dan undur diri.semoga kau bahagia dengan si maz tu..... aku BENCI kau!!!

Berakhirnye kisah kami

Salam........ 1 muharam detik paling sedih.sebab putus cinta......nanti la aku cite.sedih sangat hati ni.

Monday, 17 September 2012

Open House 2012 (Taman Damai Jaya)


Salam semua....bertemu kembali kite di lain entriess..hehehe
hari ni sakan la aku makan,ada jemputan open house kat rumah ipar aku.. (bakal suami adik bongsu aku).Oleh kerana hari ni last aku makan sedap2.Tanpa membuang masa aku terus ON aje,haha.esok aku dh kembali berdiet seperti dulu.Sebulan aku tak diet sebab tak sihat..insyaallah aku akan sambung mcm dulu.Tempoh aku kali ni sampai hujung tahun.Bulan 1 tahun depan mesti berat aku 65kg!! muktamad.hehehe..

Tadi mcm2 aku makan,mee hailam,nasi tomato lauk ayam merah,cheese cake,kek span,cocktail,air bergelan gak aku minum.....last sekali DURIAN!.hahaha













Sunday, 16 September 2012

Makan Steamboat


Salam satu malaysia...askum semua.Hari ni entah kenapa nak sangat aku makan steamboat ni.hehe.biasa gi dataran je beli yang cucuk2 ni.kali ni aku nk makan yang siap ada tong gas ngan dapur kat meja tu...huwaaa...bagi tau Encik Semut,dia pun bawak aku kat Taman Gaya Ulu Tiram.Ni memang first time aku makan mcm tu.Jakun la sekejap.Kawan aku ada syorkan kat Restoren Rawa.Tapi baru tau kedai tu tak ada sijil halal.pulak dah.Nasib baik dekat2 situ ada lagi satu kedai..nama dia LAGI BEST.Memang best pun,makan non stop..pastu aku bedal ESKRIM sampai 3 batang.hahaha.sedap la weiiiiiii.Boleh la 1 kepala Rm19.50.makan sampai muntah...kalau korang nk pegi tempat yang halal,kat sini la tempat nye


 hehehe..ni lah aku dengan rakus nye

 ni baru sikit ok!

 ni la Encik Semut..hahaha


ni depan kedai....



Thursday, 13 September 2012

Apa itu Atkins Diet








Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat
Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Disunting Daripada www.atkins.com

Demam

Ni kisah aku pulak yer.........

Nak cite pasal aku demam tak baik2 ni.kalau korang nak tau aku demam sejak raya ke2 sampai la hari ni.masih tak elok2...dah 2kali aku ke klinik.tapi hampeh..last2 aku mintak kawan adik aku bawak buah kelapa 4 biji..minum 4 biji air kelapa tu alhamdulillah terus ok sikit.tak sia2 aku mencari petua kat internet ni.
demam kali ni bermakna jugak la sebab ada yang jaga..hahaha.tak sia2 demam 3minggu.tapi yang sia2 aku tak diet.addoi lah kan.cnfm berat aku dh naik ni.muka pun dh terasa lain.tapi kakak aku ckp tak nampak pun aku makin naik...lega hati aku dengar.tapi tak boleh gak..wajib kene diet..
Tadi dh bincang ngan Encik Semut pasa hal ni..dia izin kan aku diet mcm dulu..tapi dia nk aku betul2 baik dari demam..ikut kan dia memang dia tak nak aku kurus.
tadi dh slow talk bebaik ngan dia...dia pun hormat keputusan aku.terima kasih..aku mintak sokongan dari dia.nanti lagi bertambah semangat.tak sabar rasa nk sihat mcm dulu..
Aku nk buat jadual diet aku dan soh dia baca...nak dia pantau diet aku mcm mana.pasni jangan la kelaut lagi diet aku....

nanti aku update pasa diet lak yer.....

Luahan Hati.......

11 sept 2012

Entah kenapa la hari ni tekak ni gatal sangat nk makan burger ramlee tu.biasa nk burger mcd je.tak nk yang tepi jalan kononye..case tak sedar diri la ni.hahaha.padahal penah jual burger.Mungkin sebab pernah jual burger tu,aku jadi kurang minat..tapi lama dah,3thn lepas tu.Lepas 3thn baru teringin nk makan.hehe
Ape lagi,mesti la aku ajak Encik Semut pegi beli,ngam2 lak malam ni dia pegi marhaban kat rumah sedara dia kat Cempaka.
Balik keje aku terus mandi ngan siap2..Pukul10 Encik Semut amik aku kat rumah.Dating malam ni dia berbaju melayu.hahaha..segak no!!
Dia cakap nk beli kat mana..aku jawab "kalau setakat nk beli kat area Perling ni,baik beli ngan kakak tadi".Dia sengih2 je la ape aku cakap.So maksud nye dia kene beli kat luar Perling ni la.Bawak gi Uda,dua2 kedai tu tutup..Akhirnye dia bawak ke Stulang Laut.Hahaha..mmg ngam la tempat aku ngan dia selalu dating.
Aku beli daging special,dia punya burger ayam biasa.Aku tau dia tak suka telur.muak gak nye.
Masuk je dalam kereta..dia tanya "burger biasa ke atau ada telur ni..sbb tak suka telur''.Awal2 lagi aku dh tau selera dia..hehe
Lepak tepi laut...tgk singapore.cuma borak2 biasa la je malam ni..entah kenapa aku rasa mcm ada sesuatu yang tak kena pada dia..dia tak rancak mcm selalu.dalam kepala otak aku ni cuma fikir dia dh tak suka aku je.emmmm
Sejam lebih duduk situ,kitorg pun balik,dalam kereta pun dia masih diam je..memikir kan sesuatu.aku dh rasa tak sedap hati..apehal la mamat ni malam ni buat perangai lak..addess
Sampai je depan Danga Bay,dia terus buka signal kiri n zaaaasss!!! parking kat ctu.haish mamat ni.ape lagi lah ni!
Pastu baru la dia cakap n luah kan ape dia rasa
Rupanye dia nk cakap yang dia sayang kat aku sangat...tak nk aku lari dari dia.selama ni dia fikir aku cuma nak main2 kan dia...adoi.ape la dia fikir sampai mcm tu sekali.nampak sangat ke aku nak main2 kan dia.sepatut nye aku yang fikir mcm tu..emmm..tu la dia ni.fikir mcm2 sangat.dia kata dh tahap sayang giler kat aku.......kalau betul alhamdulillah.
tak mungkin la aku nk main2 kan dia..cuma aku yang risau dia main2 kan aku.
masing2 ada perasaan takut mcm ni..takut dikecewakan....perit rasa hati ni bila kecewa.4thn aku takut nk bercinta..dengan dia terbuka balik pintu hati aku.so tak mungkin la aku nk tipu dia kan...





Jumpa Family

9 Sept 2012

Hari ni ada open house kat rumah aku.....opkos la kan ajak si Encik semut.Awal2 lagi dh deal ngan dia.
Dia bawak aku ngan kakak gi beli barang.Hehehe..makna nye ni la kali pertama dia jumpa kakak aku.adushh...seram giler aku.Kakak aku ni kalau tgk orang agak pandai la jugak.if dia ckp ok,ok la org tu..if dia ckp tak ok,maka tak ok la org tu.Ex2 aku sebelum ni semua dia ckp tak ok...mmg betul,lama2 keluar la perangai tak ok diorg tu.haishhh...

Janji pukul9 nk keluar gi pasar...tapi pukul10.30 Encik Semut amik.addeii....ni janji melayu namanye.
Oleh kerana dia yang nk tolong,diamkan aje la tak boleh merungut.emmmm...
Masa tu terus pegi ke Taman Universiti amik pavlova yang ditempah kakak aku ni. (ngada2 nk order) padahal pandai buat.emmm..

Masa dalam kete aku diam je..bukan ape,takut lah!! takut kakak aku tak suka dia ni.hahaha..
lepas amik pavlova tu,kitorg ke mama lyn bekpes.pepagi dh bedal air kelapa..ape boleh buat,tu je boleh buat tekak aku lega (demam masa ni).

Habis bekpes,terus gi Kipmart Tampoi belanja barang untuk masak malam ni.Sepanjang belanja tu,buat mcm biasa2 je...hilang lak rasa takut.hehehe..

Dan part paling best masa memasak.........
aku tanya kakak aku "dia ok ke tak"
kakak aku jawab "antara ramai2 yang ko bawak jumpa....dia ni paling ok"
ALHAMDULILLAH...syukur ya allah..mmg tak penah kakak aku ckp mcm ni.berbunga2 hati aku dengar.hahaha...
happy betul aku hari ni...Encik semut pun tolong aku potong sayur untuk buat lodeh.haha.best nyer!!

tapi yang tak best mak aku tak ada hari ni..bz kat rumah dia.so Encik Semut tak dapat la jumpa mak aku,lg pun dia keje malam hari ni..adik2 aku pun tak dapat jumpa dia.insyaallah next time boleh jumpa lagi kan.

Wednesday, 12 September 2012

Gath Strong the new skinny Vs Kelab Diet Online


29 Aug 2012

Hari ni aku ke KL lagi berjumpa dengan rakan2 seperjuangan aku.Kali ni 2 group lak.sangat2 bermakna.Pkl10 pagi aku gerak dari Larkin,Encik semut yang hantar aku.hehe.Aku pergi sehari je.malam pukul11.30 aku balik ke Jb lak.
Kali ni Kak Nurul ada...sapa tu? hehehe... jepun mari la.tu aku beriya sangat nih...ada la sesi perbincangan sikit.
Kali ni kami berkumpul di Dome lak.pehhh....sangat2 sedap la menu2 nye tu.thanks buat kak mas.sekali lagi dia sponser aku.moga allah murah kan lagi rezeki beliau.
Kali ni ramai gak org yang aku tak penah jumpa hadir...tak rugi aku datang jauh2.cewahhh,jauh la sangat.
kira jauh la jugak dari jb ke kl tu sampai 4jam.kematu gak punggung.
Insyaallah tahun depan nye gath,aku nk bawak Encik Semut. (tu pun kalau dia nak lah)

Balik Jb pukul11.30.sampai Larkin pukul3.30am.Sangat2 menyusah kan dia amik aku kat sana...
tapi dia beriya sangat nk amik,ikut kan hati nk naik teksi je.tapi dia takut aku kene kidnap gak nye..agagaga..
ape2 pun thanks pada semua....










Dah declare!!!!

22 Aug 2012

Salam semua......
Dengan rasa sukacita dimaklum kan.......... Encik Semut dah menjadi sebahagian dari hidup ku.Maksud nye dah jadi boypren aku la nih.hehehe.

4 tahun aku tak bercinta,4 tahun juga la hilang rasa cinta kepada lelaki.Walau pun perkenalan kami ni singkat..tp aku dapat rasa dia cinta terakhir aku.Aku berdoa sangat dia la yg terakhir dalam hidup aku.Dengan dia aku dapat rasa ape itu sayang dan cinta.So Encik Semut lah pilihan Terakhir aku.

Doa kan kebahagian kami yer.........

Tipu la kan dalam masa 4thn aku tak berkawan dengan mana2 lelaki..memang aku mencari cinta aku.Tapi lelaki yang aku jumpa semua jenis hampeh2....
"u kurus kan la badan u dulu"

"u..pinjam duit rm***..i nk beli no ekor"
jenis mcm ni nak ke korg wat teman hidup? mesti la tak nak kan....

Sebelum aku declare ngan Encik Semut ni,macam2 soalan aku tanya...mengalah kan interview keje.opkos la kan!! sbb ni soal hidup mati.
Alhamdulillah..semua jawapan dia berikan memang yang aku harap kan..
bukan kaki no ekor...bukan penting diri...yg penting FAMILY first.dia sayang kan family..maksud nye dia akan sayang aku seperti mana dia sayang kan family dia.. (tips yang sangat berguna ok)


hati rasa semacam

18 Aug 2012

kenapa la hati aku ni......rasa semacam.Macam rindu la konon nye..
Tak kan aku dh suka dia kut.Addes.ni bukan suka,tp feel yang lain mcm.hahaha.Sukar aku nk gambar kan dengan kata2.Senang cite mcm orang jatuh cinta la!!!

Oit Encik Semut,apa sudah jadi ni...agak2 dia sama tak mcm aku rasa skrg ni.haha....
Petang ni dia dah balik Muar.Esok Raya........

Aku dah jadi rindu nih!!!

Saturday, 8 September 2012

Kali ke2 berjumpa

17 Aug 2012

Hari ni aku dh mula cuti,lusa dah raya......mcm biasa la,kalau tak keje mmg keje aku terbongkang je dalam bilik.Tiba2 mesej Whatsapp aku berbunyi.Encik semut rupanye mesej

dia >> u buat ape hari ni
aku>>tak buat ape..cuti mcm ni lepak je la,rumah dh siap kemas pun..lusa raya (tipu ckit,padahal rumah tak habis kemas lagi)
dia>> i balik keje pkl3,u nk ikut i tak gi amik kuih raya kat kulai
aku>>errrr...jap2.bagi i fikir... (takut ni..takut kantoi menipu hari tu)
dia>>jom la,leh kita berbuka sama..balik keje nanti i amik u kat rumah (cehh..mcm tau je rumah aku kat mana)
aku>>emm..ok la,i nk gi kipmart jap beli daun ketupat..kakak nk buat

Dalam kepala otak aku ni fikir... nak jumpa ke tak...nak jumpa ke tak.....
sebab bukan dia sorg ajak aku kuar sebelum ni.ramai gak ajak..tp haram aku tak kuar.sejuta alasan aku boleh bagi..
Tapi memandang kan aku dh terjumpa dia first time kat kipmart tu......aku ON aje lah!!..lagi pun dia tak de la pandang negetif kat awek yg dia jumpa tu (aku la tu)
so..dengan rasa takut2..aku jawab "ok..blh..tp i nak gi kipmart jap ea..pastu balik i mesej u"

Pukul3 petang.....
mana la dia ni tak sampai2 lagi ni.... (sambil ketat kan ketupat yg kakak aku buat)
si kakak aku tanya "nk kemana ni..mcm tak senang duduk je,kejap masuk kejap kuar..kejap kedepan kejap kebelakang"
aku cuma jawab "errrr..kuar berbuka ngan membe"

Pukul3.30
Ni lah janji melayu..janji pukul3..nk dekat setengah jam tunggu.nasib baik la tak pukul4.kalau pukul4 mmg aku malas dh nk kuar..

masuk je kete dia..........................
dia >> betul la u..muka u sama ngan ppuan i jumpa kat kipmart tu
aku>> ye ke ni..ape yang tak sama i dengan ppuan tu..
dia>> rambut je tak sama..lain2 sama.80% sama ngan u tau
aku>> ala...org lain tu.. (seboleh2 aku nk kalis)

hari ni pegi teman dia cuci kereta...gi jusco shopping keperluan dia....pastu booking tempat berbuka kat Malay Village.hahahah

Berbuka time........
dia>>u diet kan..u pilih la menu diet u ni. (aik..mamat ni leh tahan gak tau perkembangan diet aku)
aku>> cuti diet la...
dia>> ok..makan la ape yang u nak makan

dengan pantas aku sauk semua makanan ada kat ctu...pastu dengan selamba aku jawab "rugi bayar mahal2 kalau tak makan ape yang ada tu"
aku igt dia tak nk....rupanye dia pun sama ikut rentak aku..bedal ape yang ada..hahahahaha..ambik ko penuh meja!!

entah kenapa aku rasa senang berborak ngan dia...mcm aku tak perlu nk tipu diri..tak hipoo...aku tunjuk je diri aku seadanye depan dia.lantak dia kan nk ckp ape.janji ni diri aku sendiri.tapi tak ada la sampai melampau aku tunjuk buruk lantak.ada la cover sikit2.hahaha

Lepas berbuka dia hantar aku gi larkin,aku nk beli tiket bas ke kl...hahaha.ada gath lagi tau!!
pastu teman dia lak gunting rambut...leh tahan gak mamat ni gunting rambut kat mamak.suka lak aku ngan dia ni,jenis tak kisah.tak memilih..mmg kelakar giler aku tgk mamak tu urut2 tepuk kepala dia.ketawa besar aku dalam kedai tu..HAHAHAHAHAHA. (kuar dah ketawa buruk aku ni)
Rasa sayang lak nk balik..errrr..ape dh jadi ngan aku nih.....
dia pun sama gak nye..haha
tetiba ajak gi karoke...haaa..ambik ko..
boleh pulak dia nyanyi kan aku lagu raya...hahahahahhaha
adoii...

hari ni balik pukul11..........kenangan terindah bagi aku.thanks encik semut buat aku happy.









Second Gath Kdo (kelab diet online)






7 Jul 2012

Hari ni buat pertama kali aku berjumpa dengan rakan2 diet aku.2thn lebih kenal beliau kat alam maya ni.First  Gath tahun lepas aku tak dapat datang sebab masalah keje.Tahun ni aku happy betul dapat join diorg.Thanks pada Kak Masnah yang sudi sponser mcm2 kat aku.Susah2 je dia meneman aku jalan sana sini,makan sana sini.errrr..

Majlis berlangsung Pukul2.30 petang di Bumbu Desa KLCC.Dihadiri lebih 16 org.Tak sangka pulak ramai yang datang.Paling Tak sangka Sifu Hanafi @ Ustaz Hanafi sudi datang bawa anak dan isteri.Biasa tgk dia dalam Tv je.Ni tengok depan2 woo..sayu hati bila dia baca kan doa dan memberi sedikit nasihat yg berguna.

Thanks pada Cima yg sudi ambik aku kat TBS.ni first time turun kat TBS.sebelum ni gi KL turun kat Pudu.Skrg dah tukar pulak kat Terminal Bersepadu Selatan.Teruja betul tgk cima ni...biasa chat je ngan dia dalam Fb.Minah comel dan gabraa..hahahha.tak leh igt cara dia,mmg kelakar gile

Kak Mas lak mmg berbeza cara dia kat fb ngan depan2..dia seorg yang lemah lembut je bercakap.tak ada bahasa yg kasar.Nampak mcm garang je dalam Kdo tu.tp tak rupanye!!.





n






                                                      ustaz bersama anak2 dan isteri
                                                       aku lah ni jadi model jap..haha
                                                   kak mas,salmah kobis,nora dan aku la










Terjumpa si dia


10 Aug 2012

Entry kali ni aku nk cite sikit first time terjumpa si dia ni.hahaha.sangat2 kelakar ok!!
Hari ni aku half day sebab nk teman kakak aku gi rebond rambut kat kipmart tampoi.Masa dalam proses merebond tu,aku turun bawah n jalan2 kat bawah tu....entah mcm mana aku boleh terserempak ngan beliau ni.kalau korg nak tau ni la first time terjumpa..selama ni dok chat je kat tagged ngan whatsapp.Hati aku terus terdetik "eh,ni bukan semut merah ke".nick dia dlm tu semut merah.haha
boleh pulak aku berenti kejap tgk muka dia.....dia pun sama.Dalam hati aku cuma cakap "kalau aku tak silap org,mesti dia ni akan cari aku balik".

Selang beberapa hari......

Aku check mesej kat tagged....ada nick SEMUT MERAH hantar beberapa mesej.Mesej nye mcm ni
"u...i ada ternampak mcm u la kat kipmart hari tu"

aku pun balas
"u silap org kut..i tak pegi kipmart hari tu"
terus aku cakap.. "no fon hari tu i dh tukar..dh tak guna..amik ni no baru i"
sebelum ni mmg aku rajin chat kat whatsapp ngan dia.masa tu guna no lama.agak lama gak kitorg lost contact.bulan puasa ni mcm berjodoh lak terjumpa dia...hua..huaa..huaa...

masa chat kat whatsapp lepas beberapa hari terjumpa tu..

si dia >> betul la u..ppuan tu mcm muka u,tp rambut dia mcm hitam (masa tu rambut aku half hitam)
aku >>> eh..rambut i warna kuning la..ni pic latest i (send gambar terbaru lepas tambah warna)
si dia >>> aah la..rambut lain,tp mmg mcm u muka dia.
aku >> pelanduk dua serupa gak nye... (masih tak nk ngaku)
aku>> lawa tak ppuan tu (hahaha..sempat aku tanya soalan ni)
si dia>> tak lawa mcm u... (cehh..ada lak jawab mcm ni.kan aku tu)

so..hari2 seterusnye kitorg chat je...tak de plan lak nk jumpa ke ape..hahaha.

Friday, 7 September 2012

siapa nanako miraie

Assalamualaikum..salam 1 malaysia yer.

Tertanya2 siapa nanako miraie?.hehe.tu nama kegemaran aku.minat sangat tgk cite shin chan.kan ada watak nanako dalam tu.Kakak yg shin chan gila2 kan..Miraie tu cinta.Jadi makna nye cinta nanako.mcm poyo je kan.Ape boleh buat,dh minat dengan nama tu.

Entry2 dalam ni semua berkaitan ngan hidup aku.......ni mungkin blog aku yang ke88 gak nye.mau tak nye,asik lupa je ID lama.dah kene buat baru.Kalau ingat pun aku delete je.sbb mcm tak menarik.So kali ni aku kene buat lagi menarik dan tertarik.

kalau rasa tak suka baca blog aku ni,dipersilakan ikut pintu depan tu..hua..hua..hua....