Tadi mcm2 aku makan,mee hailam,nasi tomato lauk ayam merah,cheese cake,kek span,cocktail,air bergelan gak aku minum.....last sekali DURIAN!.hahaha
to ayie
Labels
- cerita aku (10)
- Gathering (2)
- Info diet (1)
- jiwang (3)
- Kisah hati Aku dan Dia (8)
- siapa nanako (1)
Monday, 17 September 2012
Open House 2012 (Taman Damai Jaya)
Tadi mcm2 aku makan,mee hailam,nasi tomato lauk ayam merah,cheese cake,kek span,cocktail,air bergelan gak aku minum.....last sekali DURIAN!.hahaha
Posted by Unknown at Monday, September 17, 2012 0 comments
Labels: cerita aku
Sunday, 16 September 2012
Makan Steamboat
Posted by Unknown at Sunday, September 16, 2012 0 comments
Labels: cerita aku
Thursday, 13 September 2012
Apa itu Atkins Diet
Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.
Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 0.5 karbohidrat
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
- 0 gram karbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat
Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula
Syarat-syarat Induction
1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
asalkan BUKAN nasi, roti.
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Posted by Unknown at Thursday, September 13, 2012 0 comments
Labels: Info diet
Demam
Ni kisah aku pulak yer.........
Nak cite pasal aku demam tak baik2 ni.kalau korang nak tau aku demam sejak raya ke2 sampai la hari ni.masih tak elok2...dah 2kali aku ke klinik.tapi hampeh..last2 aku mintak kawan adik aku bawak buah kelapa 4 biji..minum 4 biji air kelapa tu alhamdulillah terus ok sikit.tak sia2 aku mencari petua kat internet ni.
demam kali ni bermakna jugak la sebab ada yang jaga..hahaha.tak sia2 demam 3minggu.tapi yang sia2 aku tak diet.addoi lah kan.cnfm berat aku dh naik ni.muka pun dh terasa lain.tapi kakak aku ckp tak nampak pun aku makin naik...lega hati aku dengar.tapi tak boleh gak..wajib kene diet..
Tadi dh bincang ngan Encik Semut pasa hal ni..dia izin kan aku diet mcm dulu..tapi dia nk aku betul2 baik dari demam..ikut kan dia memang dia tak nak aku kurus.
tadi dh slow talk bebaik ngan dia...dia pun hormat keputusan aku.terima kasih..aku mintak sokongan dari dia.nanti lagi bertambah semangat.tak sabar rasa nk sihat mcm dulu..
Aku nk buat jadual diet aku dan soh dia baca...nak dia pantau diet aku mcm mana.pasni jangan la kelaut lagi diet aku....
nanti aku update pasa diet lak yer.....
Posted by Unknown at Thursday, September 13, 2012 0 comments
Labels: cerita aku
Luahan Hati.......
11 sept 2012
Entah kenapa la hari ni tekak ni gatal sangat nk makan burger ramlee tu.biasa nk burger mcd je.tak nk yang tepi jalan kononye..case tak sedar diri la ni.hahaha.padahal penah jual burger.Mungkin sebab pernah jual burger tu,aku jadi kurang minat..tapi lama dah,3thn lepas tu.Lepas 3thn baru teringin nk makan.hehe
Ape lagi,mesti la aku ajak Encik Semut pegi beli,ngam2 lak malam ni dia pegi marhaban kat rumah sedara dia kat Cempaka.
Balik keje aku terus mandi ngan siap2..Pukul10 Encik Semut amik aku kat rumah.Dating malam ni dia berbaju melayu.hahaha..segak no!!
Dia cakap nk beli kat mana..aku jawab "kalau setakat nk beli kat area Perling ni,baik beli ngan kakak tadi".Dia sengih2 je la ape aku cakap.So maksud nye dia kene beli kat luar Perling ni la.Bawak gi Uda,dua2 kedai tu tutup..Akhirnye dia bawak ke Stulang Laut.Hahaha..mmg ngam la tempat aku ngan dia selalu dating.
Aku beli daging special,dia punya burger ayam biasa.Aku tau dia tak suka telur.muak gak nye.
Masuk je dalam kereta..dia tanya "burger biasa ke atau ada telur ni..sbb tak suka telur''.Awal2 lagi aku dh tau selera dia..hehe
Lepak tepi laut...tgk singapore.cuma borak2 biasa la je malam ni..entah kenapa aku rasa mcm ada sesuatu yang tak kena pada dia..dia tak rancak mcm selalu.dalam kepala otak aku ni cuma fikir dia dh tak suka aku je.emmmm
Sejam lebih duduk situ,kitorg pun balik,dalam kereta pun dia masih diam je..memikir kan sesuatu.aku dh rasa tak sedap hati..apehal la mamat ni malam ni buat perangai lak..addess
Sampai je depan Danga Bay,dia terus buka signal kiri n zaaaasss!!! parking kat ctu.haish mamat ni.ape lagi lah ni!
Pastu baru la dia cakap n luah kan ape dia rasa
Rupanye dia nk cakap yang dia sayang kat aku sangat...tak nk aku lari dari dia.selama ni dia fikir aku cuma nak main2 kan dia...adoi.ape la dia fikir sampai mcm tu sekali.nampak sangat ke aku nak main2 kan dia.sepatut nye aku yang fikir mcm tu..emmm..tu la dia ni.fikir mcm2 sangat.dia kata dh tahap sayang giler kat aku.......kalau betul alhamdulillah.
tak mungkin la aku nk main2 kan dia..cuma aku yang risau dia main2 kan aku.
masing2 ada perasaan takut mcm ni..takut dikecewakan....perit rasa hati ni bila kecewa.4thn aku takut nk bercinta..dengan dia terbuka balik pintu hati aku.so tak mungkin la aku nk tipu dia kan...
Posted by Unknown at Thursday, September 13, 2012 0 comments
Labels: Kisah hati Aku dan Dia
Jumpa Family
9 Sept 2012
Hari ni ada open house kat rumah aku.....opkos la kan ajak si Encik semut.Awal2 lagi dh deal ngan dia.
Dia bawak aku ngan kakak gi beli barang.Hehehe..makna nye ni la kali pertama dia jumpa kakak aku.adushh...seram giler aku.Kakak aku ni kalau tgk orang agak pandai la jugak.if dia ckp ok,ok la org tu..if dia ckp tak ok,maka tak ok la org tu.Ex2 aku sebelum ni semua dia ckp tak ok...mmg betul,lama2 keluar la perangai tak ok diorg tu.haishhh...
Janji pukul9 nk keluar gi pasar...tapi pukul10.30 Encik Semut amik.addeii....ni janji melayu namanye.
Oleh kerana dia yang nk tolong,diamkan aje la tak boleh merungut.emmmm...
Masa tu terus pegi ke Taman Universiti amik pavlova yang ditempah kakak aku ni. (ngada2 nk order) padahal pandai buat.emmm..
Masa dalam kete aku diam je..bukan ape,takut lah!! takut kakak aku tak suka dia ni.hahaha..
lepas amik pavlova tu,kitorg ke mama lyn bekpes.pepagi dh bedal air kelapa..ape boleh buat,tu je boleh buat tekak aku lega (demam masa ni).
Habis bekpes,terus gi Kipmart Tampoi belanja barang untuk masak malam ni.Sepanjang belanja tu,buat mcm biasa2 je...hilang lak rasa takut.hehehe..
Dan part paling best masa memasak.........
aku tanya kakak aku "dia ok ke tak"
kakak aku jawab "antara ramai2 yang ko bawak jumpa....dia ni paling ok"
ALHAMDULILLAH...syukur ya allah..mmg tak penah kakak aku ckp mcm ni.berbunga2 hati aku dengar.hahaha...
happy betul aku hari ni...Encik semut pun tolong aku potong sayur untuk buat lodeh.haha.best nyer!!
tapi yang tak best mak aku tak ada hari ni..bz kat rumah dia.so Encik Semut tak dapat la jumpa mak aku,lg pun dia keje malam hari ni..adik2 aku pun tak dapat jumpa dia.insyaallah next time boleh jumpa lagi kan.
Posted by Unknown at Thursday, September 13, 2012 0 comments
Labels: Kisah hati Aku dan Dia
Wednesday, 12 September 2012
Gath Strong the new skinny Vs Kelab Diet Online
Posted by Unknown at Wednesday, September 12, 2012 0 comments
Labels: Gathering
Dah declare!!!!
22 Aug 2012
Salam semua......
Dengan rasa sukacita dimaklum kan.......... Encik Semut dah menjadi sebahagian dari hidup ku.Maksud nye dah jadi boypren aku la nih.hehehe.
4 tahun aku tak bercinta,4 tahun juga la hilang rasa cinta kepada lelaki.Walau pun perkenalan kami ni singkat..tp aku dapat rasa dia cinta terakhir aku.Aku berdoa sangat dia la yg terakhir dalam hidup aku.Dengan dia aku dapat rasa ape itu sayang dan cinta.So Encik Semut lah pilihan Terakhir aku.
Doa kan kebahagian kami yer.........
Tipu la kan dalam masa 4thn aku tak berkawan dengan mana2 lelaki..memang aku mencari cinta aku.Tapi lelaki yang aku jumpa semua jenis hampeh2....
"u kurus kan la badan u dulu"
jenis mcm ni nak ke korg wat teman hidup? mesti la tak nak kan....
Sebelum aku declare ngan Encik Semut ni,macam2 soalan aku tanya...mengalah kan interview keje.opkos la kan!! sbb ni soal hidup mati.
Alhamdulillah..semua jawapan dia berikan memang yang aku harap kan..
bukan kaki no ekor...bukan penting diri...yg penting FAMILY first.dia sayang kan family..maksud nye dia akan sayang aku seperti mana dia sayang kan family dia.. (tips yang sangat berguna ok)
Posted by Unknown at Wednesday, September 12, 2012 0 comments
Labels: Kisah hati Aku dan Dia
hati rasa semacam
18 Aug 2012
kenapa la hati aku ni......rasa semacam.Macam rindu la konon nye..
Tak kan aku dh suka dia kut.Addes.ni bukan suka,tp feel yang lain mcm.hahaha.Sukar aku nk gambar kan dengan kata2.Senang cite mcm orang jatuh cinta la!!!
Oit Encik Semut,apa sudah jadi ni...agak2 dia sama tak mcm aku rasa skrg ni.haha....
Petang ni dia dah balik Muar.Esok Raya........
Aku dah jadi rindu nih!!!
Posted by Unknown at Wednesday, September 12, 2012 0 comments
Labels: Kisah hati Aku dan Dia
Saturday, 8 September 2012
Kali ke2 berjumpa
17 Aug 2012
Hari ni aku dh mula cuti,lusa dah raya......mcm biasa la,kalau tak keje mmg keje aku terbongkang je dalam bilik.Tiba2 mesej Whatsapp aku berbunyi.Encik semut rupanye mesej
dia >> u buat ape hari ni
aku>>tak buat ape..cuti mcm ni lepak je la,rumah dh siap kemas pun..lusa raya (tipu ckit,padahal rumah tak habis kemas lagi)
dia>> i balik keje pkl3,u nk ikut i tak gi amik kuih raya kat kulai
aku>>errrr...jap2.bagi i fikir... (takut ni..takut kantoi menipu hari tu)
dia>>jom la,leh kita berbuka sama..balik keje nanti i amik u kat rumah (cehh..mcm tau je rumah aku kat mana)
aku>>emm..ok la,i nk gi kipmart jap beli daun ketupat..kakak nk buat
Dalam kepala otak aku ni fikir... nak jumpa ke tak...nak jumpa ke tak.....
sebab bukan dia sorg ajak aku kuar sebelum ni.ramai gak ajak..tp haram aku tak kuar.sejuta alasan aku boleh bagi..
Tapi memandang kan aku dh terjumpa dia first time kat kipmart tu......aku ON aje lah!!..lagi pun dia tak de la pandang negetif kat awek yg dia jumpa tu (aku la tu)
so..dengan rasa takut2..aku jawab "ok..blh..tp i nak gi kipmart jap ea..pastu balik i mesej u"
Pukul3 petang.....
mana la dia ni tak sampai2 lagi ni.... (sambil ketat kan ketupat yg kakak aku buat)
si kakak aku tanya "nk kemana ni..mcm tak senang duduk je,kejap masuk kejap kuar..kejap kedepan kejap kebelakang"
aku cuma jawab "errrr..kuar berbuka ngan membe"
Pukul3.30
Ni lah janji melayu..janji pukul3..nk dekat setengah jam tunggu.nasib baik la tak pukul4.kalau pukul4 mmg aku malas dh nk kuar..
masuk je kete dia..........................
dia >> betul la u..muka u sama ngan ppuan i jumpa kat kipmart tu
aku>> ye ke ni..ape yang tak sama i dengan ppuan tu..
dia>> rambut je tak sama..lain2 sama.80% sama ngan u tau
aku>> ala...org lain tu.. (seboleh2 aku nk kalis)
hari ni pegi teman dia cuci kereta...gi jusco shopping keperluan dia....pastu booking tempat berbuka kat Malay Village.hahahah
Berbuka time........
dia>>u diet kan..u pilih la menu diet u ni. (aik..mamat ni leh tahan gak tau perkembangan diet aku)
aku>> cuti diet la...
dia>> ok..makan la ape yang u nak makan
dengan pantas aku sauk semua makanan ada kat ctu...pastu dengan selamba aku jawab "rugi bayar mahal2 kalau tak makan ape yang ada tu"
aku igt dia tak nk....rupanye dia pun sama ikut rentak aku..bedal ape yang ada..hahahahaha..ambik ko penuh meja!!
entah kenapa aku rasa senang berborak ngan dia...mcm aku tak perlu nk tipu diri..tak hipoo...aku tunjuk je diri aku seadanye depan dia.lantak dia kan nk ckp ape.janji ni diri aku sendiri.tapi tak ada la sampai melampau aku tunjuk buruk lantak.ada la cover sikit2.hahaha
Lepas berbuka dia hantar aku gi larkin,aku nk beli tiket bas ke kl...hahaha.ada gath lagi tau!!
pastu teman dia lak gunting rambut...leh tahan gak mamat ni gunting rambut kat mamak.suka lak aku ngan dia ni,jenis tak kisah.tak memilih..mmg kelakar giler aku tgk mamak tu urut2 tepuk kepala dia.ketawa besar aku dalam kedai tu..HAHAHAHAHAHA. (kuar dah ketawa buruk aku ni)
Rasa sayang lak nk balik..errrr..ape dh jadi ngan aku nih.....
dia pun sama gak nye..haha
tetiba ajak gi karoke...haaa..ambik ko..
boleh pulak dia nyanyi kan aku lagu raya...hahahahahhaha
adoii...
hari ni balik pukul11..........kenangan terindah bagi aku.thanks encik semut buat aku happy.
Posted by Unknown at Saturday, September 08, 2012 1 comments
Labels: Kisah hati Aku dan Dia
Second Gath Kdo (kelab diet online)
ustaz bersama anak2 dan isteri
aku lah ni jadi model jap..haha
kak mas,salmah kobis,nora dan aku la
Posted by Unknown at Saturday, September 08, 2012 0 comments
Labels: Gathering
Terjumpa si dia
masa chat kat whatsapp lepas beberapa hari terjumpa tu..
si dia >> betul la u..ppuan tu mcm muka u,tp rambut dia mcm hitam (masa tu rambut aku half hitam)
aku >>> eh..rambut i warna kuning la..ni pic latest i (send gambar terbaru lepas tambah warna)
si dia >>> aah la..rambut lain,tp mmg mcm u muka dia.
aku >> pelanduk dua serupa gak nye... (masih tak nk ngaku)
aku>> lawa tak ppuan tu (hahaha..sempat aku tanya soalan ni)
si dia>> tak lawa mcm u... (cehh..ada lak jawab mcm ni.kan aku tu)
so..hari2 seterusnye kitorg chat je...tak de plan lak nk jumpa ke ape..hahaha.
Posted by Unknown at Saturday, September 08, 2012 0 comments
Labels: Kisah hati Aku dan Dia
Friday, 7 September 2012
siapa nanako miraie
Assalamualaikum..salam 1 malaysia yer.
Tertanya2 siapa nanako miraie?.hehe.tu nama kegemaran aku.minat sangat tgk cite shin chan.kan ada watak nanako dalam tu.Kakak yg shin chan gila2 kan..Miraie tu cinta.Jadi makna nye cinta nanako.mcm poyo je kan.Ape boleh buat,dh minat dengan nama tu.
Entry2 dalam ni semua berkaitan ngan hidup aku.......ni mungkin blog aku yang ke88 gak nye.mau tak nye,asik lupa je ID lama.dah kene buat baru.Kalau ingat pun aku delete je.sbb mcm tak menarik.So kali ni aku kene buat lagi menarik dan tertarik.
kalau rasa tak suka baca blog aku ni,dipersilakan ikut pintu depan tu..hua..hua..hua....
Posted by Unknown at Friday, September 07, 2012 0 comments
Labels: siapa nanako